MAK, SIAPA ALLAH ?

Buku bergambar 'Mak Siapa Allah?’ oleh Puan Siti Aminah Sulaiman (Quranic Parenting).

Diinspirasikan daripada perbualan harian beliau dengan anaknya yang bernama Solehah mengenai fenomena awan dan hujan.

Hujan yang turun dengan lebat menimbulkan byk persoalan dalam diri Solehah.

Mengapa pokok kelihatan menari gembira apabila hujan turun?

Fenomena pembentukan awan dan turunnya hujan sangat rapat dengan nama dan tindakan Allah Ar-Rahman.

Siapa pula Allah Ar-Rahman?

Buku ini bertujuan untuk memperkenalkan nama Allah Ar-Rahman dan sifat-Nya dalam bentuk 'storytelling' yang menarik.


Sedikit tips dari saya supaya buku ini lebih memberi impak.


1) Buku ini sesuai untuk sesi READ ALOUD

======


- Saya sangat sarankan buku ini untuk dibacakan oleh ibu kepada anak-anak.


- Gunakan suara yang 'excited' bila baca untuk anak


- ELAKKAN anak dari baca sendiri kerana banyak info penting yang anak bakal terlepas.


- Jadikan buku ini sebagai aktiviti bonding bersama.


2) Gunakan analogi yang anak mudah faham.

======


Saya masih ingat pengalaman sy baca buku ini pada seorang anak yang berusia 4 tahun. Dia tidak faham fenomena 'awan mendung'

Kenapa awan turun rendah bila penuh wap air.


Saya berikan satu contoh pada anak ni.

'Bayangkan bila kita isi air dalam belon melalui paip air..apa jadi dengan belon tu bila air makin penuh'

Bersinar mata anak tu..dia jawab :

'belon jadi berat dan turun ke bawah..'

Saya jawab begitulah fenomena awan mendung.


Ibu ayah perlu kreatif beri contoh yang sesuai dengan kognitif level anak kecil.

Barulah cerita akan kekal dalam memori anak.


3) Metodologi tanam benih tauhid dalam hati anak.

======


Buku cerita ni pendek saja.

Kenapa pendek?


Tak perlu panjang kerana 'attention span' anak kecil tak boleh lama-lama..mereka mudah bosan.

Apa yang saya ingin perkenalkan dalam buku ni ialah kaedah /metodologi bercerita mengenai Allah melalui alam.

Ramai yang takut bila nak cerita pasal Allah pada anak-anak.


Takut salah ajar.


Saya perkenalkan cara mudah untuk cerita mengenai Allah melalui kejadian alam yang anak nampak setiap hari.

Lama kelamaan jika kita ulang metodologi yang sama, anak akan jelas bahawa alam ini adalah bukti Allah ada.

.

Harapan saya semoga apabila buku ini sampai ke tangan ibu ayah,

Allah izinkan kisah dalam buku ni untuk sentuh hati anak-anak dirumah.



APA YANG ANDA AKAN DAPAT DALAM SET KOMBO BUKU 'MAK SIAPA ALLAH' ?



1) Mak, Siapa Allah?


- Buku Hardcover dengan 40 mukasurat penuh berwarna.

- Buku saiz besar (A4) dengan ilustrasi besar untuk membantu penceritaan.


- Kisah mengenai seorang budak perempuan yang bernama Solehah yang ingin tahu mengenai siapa Allah Rahman..


- Lalu Mak ambil peluang menerangkan nama Allah melalui fenomena hujan yang berlaku.



2) Tafakkur For Kids

- Buku Soft Cover dengan 40 mukasurat penuh warna.

- Mengandungi info mengenai jenis-jenis awan dan aktiviti tafakkur awan dan Jurnal Alhamdulillah.

- Kelebihan buku ini ialah merangkumi aktiviti sebanyak 14 hari untuk anak dalam proses tafakkur alam dan fenomena.

- Harapan penulis supaya anak menjadi lebih sensitif dengan kejadian Allah melalui alam yang mereka lihat.



3) Jumbo Poster nama Allah Ar Rahman


- Aktiviti mewarna ibu dan anak.

- Poster saiz besar dari biasa.

- Sambil mewarna boleh perkenalkan siapa Allah Ar Rahman.

- Ada info hadith kat bawah poster untuk bantu ibu bercerita.


4) Cloud Window

- Ini merupakan alat bantu belajar dalam aktiviti perhatikan awan nanti

- Sesuai digunakan sekali dengan buku Tafakkur for Kids.

5) Set Kombo RM69

P/S :

BUKU NI TERHAD UNTUK 40 UNIT BERBAKI SAHAJA. TIADA PENJUALAN SEMULA BUAT SEMENTARA INI


======

Perkenalkan buku terbaru saya yang menampilkan nama Allah Al Baseer (Yang Maha Melihat)


Buku ini menggunakan teknik storytelling bagaimana seorang anak lelaki yang bernama Muiz bermain sorok-sorok dengan sepupunya.

Dalam permainan ini Muiz telah menang kerana tiada siapa berjaya temui tempat dimana dia menyorok,
Muiz begitu gembira dan angkuh meraikan kejayaannya.

Hingga dia ditegur Mak bahawa ada yang sentiasa memerhatikan dirinya.
Muiz keliru dan ingin belajar mengenal Allah Al Baseer.
.
.
Sengaja saya pilih untuk ketengahkan nama Allah Al Baseer untuk bina rasa muraqabah (sentiasa diperhatikan oleh Allah) dalam diri anak kecil.

Dan saya percaya teknik storytelling sangat berkesan untuk beri impak dalam diri anak kecil dalam mengenal nama-nama Allah.

Suka saya ingin berkongsi hasil tangan saya dengan semua anak-anak lain,

TAWARAN INI TERHAD 

JOM DAPAT COMBO INI SEKARANG



P/S :  Pesanan yang dibuat bermula 12 Jun 2024  akan diproses dan dihantar pada 21 Jun 2024

kerana terdapat kelewatan disebabkan oleh cuti Raya Haji.

Terima kasih atas kesabaran






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Set Combo Buku 'Mak Siapa Allah? (Including 4 item: Buku cerita, Buku Tafakkur, Cloud Window dan Poster Warna) - (RM69)
2
COMBO MKS (RM83)
2
Kad Imbas Asmaul Husna - (RM24)
1
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN